CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, May 28, 2009

Champions League results (M.U vs Barcelona)


Barcelona won 2-0 to M.U..


p/s:- Kecewa

Wednesday, May 27, 2009

last time makan ais kacang bersama si intan, kali ini bersama si berbaloi-baloi pula.



mari mencuba sizzling nugget. Sangat sedap untuk di makan.



first time aku berjaya menghabiskan sizzling ini. Sebelum ini, tidak pernah habis. Memang berbaloi-baloi memakan nya.



p/s:- disini la bermula nya "our" sweet memory..

disiniku menanti,
aku menanti

dalam tidur,
ku terjaga,
dan terasa sunyi,
kedinginan,
semata-mata menyelubungi,

masih jua,
disiniku menanti,

masih jua,
aku menanti,

masih jua,
aku menanti,

masih jua,
aku menanti...



p/s:- aku masih belum menonton episod 6..

Sunday, May 24, 2009

Best, Lagi Teruja, Lagi Overexcited, Lagi Extraordinary, Tak speechless Lagi, Lagi Happy Lebih..
Rasa berbaloi-baloi bila dapat jumpa berbaloi-baloi hari ini..
Hoi, sehari suntuk layan lagu dia semalam..aku gila!!
Magik, dia muncul depan mata pula hari ini..
Sungguh berbaloi-baloi rasa nya..
(Wanie boleh cakap berbaloi-baloi pula dekat dia, haha!! mahu gelak puas hati)
Kasi aku Suralaya Dalam D Major 100 kali..layan sampai tidur lena, baru rasa puas..
Oh, komposer nya aku kagum..patut lah aku jadi begitu..

Rasa lagi best bila dapat tiket wayang percuma..
Ah, lagi sekali rasa berbaloi-baloi yang teramat hari ini..
Mahu tiket wayang percuma? pergi saja beli coklat kitkat..
Memang berbaloi-baloi, tiada rugi. Betul. Tiada tipu.
Syiok.....Layan "Nite At The Museum 2"..Lakonan Ben Stiller & Amy Adams..
Lawak nya boleh merosakan usus aku dan rakan-rakan..
Ah, kenapa tiada cerita tempatan yang boleh membuatkan aku merosakan usus seperti ini..
Selalu mengecewakan aku apabila menonton filem tempatan..
Maaf, jangan salah kan aku kalau aku tidak mahu menyokong industri tempatan..
Salah kah aku? Well, aku telah di beri pilihan..So, i made my decision..
(Hoi aku!!apa yang di mengarutkan ini, aku tidak mahu menjadi tukang karut. Sori!!)
Jom layan filem luar negara. Ah. Aku tidak berbangga. Cuma sedikit rasa puas bila tengok sesuatu yang berbaloi-baloi. Itu saja!!


maaf nath, muka separuh saja.



orang di tengah saja yang untung, muka penuh. tidak adil!!


sudah lama tidak menonton filem.


p/s:- Suka aku, suka dia, suka kamu, suka semua!! tiada pakai buang..maaf, tiada kena mengena. Sengaja mahu menulis. Perhaps!!

Thursday, May 21, 2009

Monday, May 18, 2009

Teruja. Excited. Happy. Overreacted. Speechless.
Itu lah perasaan aku di saat dan ketika aku dapat berjumpa dan bertemu serta bertentang mata dengan seseorang yang selama ini aku amat kagumi. Aku kagum dengan bakat semulajadi nya. Kreatif. Kesenian. Kebijaksaan. Semua nya ada di dalam badan, jiwa dan akal nya. Itulah sebab nya aku sangat mengagumi dan meminati seniman ini.
Rasa nya aku baru mendengar dia di radio semalam, dan aku baru melihat dia di youtube tengahari tadi. Petang nya pula, aku dapat melihat dia live in person. Betul-betul di hadapan aku. Seperti 5 tapak saja bezanya. Unbelieveable. Aku memang percaya dengan kata-kata ini. "things happen for reason". Hah,ini lah hikmah nya.
Jam sudah pukul 7 petang. Aku dan teman masih belum berada di tempat yang sepatut nya kami berada. Serdang - kesana dengan menggunakan perkhidmatan tren komuter. Cis, tren rosak. Terpaksa menunggu hampir 1 jam. Ah, aku bengang!! Bengang seperti lagu Akim lagak aku. Seperti mahu mencarut saja rasa nya. Tapi, jeritan batin saja lah. Tak kan mahu di luah kan pula.
Nah, itu lah dia hikmah disebalik kelewatan tren tersebut. Kalau tren itu tidak rosak, dan kalau tren itu sampai tepat pada masa nya, mana mungkin aku dapat bertemu dengan seseorang yang sangat aku minati dan kagumi. Excited. Over excited. Perasaan yang sangat extra ordinary ketika itu. Sepertinya aku mahu menjerit sahaja di waktu itu. Tetapi, aku masih boleh mengawal diri ku lagi.








p/s:- Reaksi ku, seperti dalam video di atas. Tapi di dalam hati sahaja lah. (scene 1 sahaja okay, yang seterus nya tiada kena mengena).Yip...big fan, big fan.Hehe, ketawa pula!!

Sunday, May 17, 2009

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini seorang Penyanyi menjadi pujaan
Jika hari ini seorang Pelakon di gilai ramai
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut dan sabarnya mengajar tulis-baca
Dialah ibu, dia lah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.



ibu ku juga seorang pendidik



Cikgu Zul - guru seni di sekolah (SMKT).



p/s:- thanks to my mom, cikgu-cikgu, pengajar-pengajar..rindu hendak mendengar cikgu zul menyebut "baghdad betul awak ni"..haha!! miss that moment!!
source:-Usman Awang + maaf lah kepada empunya coretan di atas, aku menambah sedikit ayat. hehe!! Thanks to SMKT group di Facebook kerana mengupload kan gambar cikgu zul.

Saturday, May 16, 2009

Telefon?Telefon berbunyi..telefon,kami datang. Haha. Sudah lama aku tidak merepek seperti ini disini. Tapi itu bukan lah apa yang mahu aku coret kan di sini. Tetapi juga, ia memang sama sekali berkait rapat dengan telefon.

Pagi - Sudah perasan telefon off. Di fikiran ku "ah, kejap lagi lah charge".
Tengahari - Telefon aku yang ke-2 berbunyi. Panggilan dari ibu ku.

Baru aku perasan yang aku terlupa hendak charge telefon aku yang sejak malam semalam sudah off. Ini lah padah nya apabila aku menangguh kan kerja aku yang sepatutnya aku buat dari pagi tadi iaitu charge telefon aku. Akibat nya, aku ada 5 panggilan yang tidak ,terjawab dan 4 pesanan ringkas yang sepatut nya aku balas. Maaf lah umi, yana, ayu. Tidak perasan telefon di sebelahku ini sudah off dari semalam.

Di fikiran ku, "untung juga pakai lebih dari 1 telefon". Bukan untuk berlagak kaya atau banyak duit, tetapi ia juga adalah untuk keperluan di waktu-waktu emergency. Sama seperti apa yang berlaku kepada aku hari ini lah. Hakikat nya aku menggunakan 1 telefon saja. Sudah mencukupi bagi aku. Yang lagi 1, aku anggap untuk di guna kan pada waktu-waktu kecemasan sahaja. Seperti apa yang berlaku hari ini. Hehe.



p/s:- Sekarang handphone tiada kredit, terpaksa pakai handphone emergency!! tiada expired date selama 2tahun!!memang best.

Wednesday, May 13, 2009

Hurm, tiba-tiba idea aku kering pula malam ini. Tidak tahu apa yang hendak di ketengahkan. Otak aku nampak nya kurang berfungsi malam ini. Ah, aku bengang!! Aku hangin!! YM aku tiba-tiba buat hal pula. Kurang berfungsi dengan baik. Tapi bukan lah sampai aku tidak boleh berchatting dengan kawan-kawan aku. Cuma YM aku agak bengong sedikit. Nak kata YM aku ini outdated, aku baru lepas update. Bila aku check, sudah version 9 YM aku ni. Tapi tak macam YM version 9 kawan-kawan aku rasa nya. Entah lah, malas aku hendak layan. Setahu aku, version 9 paling latest. Itu pun kalau aku ini tak outdated lah kan. But the worst part is, problem ni happen lepas aku update YM aku ini. Kalau aku tahu, baik aku tak payah update. Biar lah YM aku outdated sekali pun asal kan tak ada problem. Itu lagi bagus pada aku. Tapi tak apa lah, yang penting YM aku ni masih boleh chatting, send file, lagu dan sebagai nya, aku masih boleh terima lagi. Hehe..

Tak apa lah. Daripada aku risau tak tentu pasal, baik aku menyiap kan kerja aku yang sudah lama aku tangguh. Ah, penyakit "M" aku sudah lama menular dalam badan ini. Memang penyakit ini tidak boleh sembuh even daripada mana-mana doktor pakar sekali pun. Hanya aku saja yang boleh merawat penyakit "M" ini. Ini penyakit diri sendiri nama nya. Haha..



Petikan dari research Dr. Fadzillah Kamsah (orang-orang yang lahir pada bulan Jun):-

* Berfikiran jauh & berwawasan. * Mudah ditawan kerana sikap baik. * Berperangai lemah lembut. * Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. * Idea yang terlalu banyak di kepala. * Bersikap sensitif. * Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). * Sukar melakukan sesuatu dengan segera. * Bersikap suka menangguh-nangguh. * Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. * Cepat marah & cepat sejuk. * Suka bercakap & berdebat. * Suka buat lawak & bergurau. * Otaknya cerdas berangan-angan. * Mudah berkawan & pandai berkawan. * orang yang sangat tertib. * Pandai mempamerkan sikap. * Mudah kecil hati. * Mudah kena selsema. * Suka berkemas. * Cepat rasa bosan. * Sikap terlalu memilih & cerewet. * Kurang mempamerkan perasaan. * Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. * Suka pada barang yang berjenama. * Mudah menjadi eksekutif. * Kedegilan yang tidak terkawal. * Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.


Ya, seperti nya memang tepat mengena pada aku lah ni. Orang-orang yang lahir pada bulan Jun memang suka menangguh-nangguh kan kerja seperti aku barangkali. Tapi pada aku, it's up to individual lah. Itu cuma research yang kebetulan ada kena mengena dengan golongan-golongan seperti aku ini. Hihi!!


p/s:- 3 kali mandi sebab panas!!huhu

Monday, May 11, 2009

SUPER MOM

MOM, YOU'RE a wonderful mother,
So gentle, yet so strong.
The many ways you show you care
Always make me feel I belong.

YOU'RE patient when I'm foolish;
YOU give guidance when I ask;
It seems YOU can do most anything;
YOU'RE the master of every task.
YOU'RE a dependable source of comfort;
YOU'RE my cushion when I fall.
YOU help in times of trouble;
YOU support me whenever I call.

I love YOU more than YOU know;
YOU have my total respect.
If I had my choice of MOTHERS,
YOU'D be the one I'd select!
None other than that!


WITHOUT YOU

MOM, without you there would be no me.
YOUR LOVE, YOUR ATTENTION, YOUR GUIDANCE,
Have made me who I am.
Without YOU, I would be lost,
Wondering aimlessly,
Without direction or purpose.
YOU showed me the way
To serve, to accomplish, to persevere.
Without YOU, there would be an empty space
I could never fill, no matter how I tried.
Instead, because of YOU,
I have joy, contentment, satisfaction and peace.
Thank you, MOM
I have always loved YOU
And I always will.
Forever and Ever. That's my promise!!




(Umi - you're are one in a million)




p/s:- Umi, engkaulah ratu hatiku..bangga dapat meluang kan masa bersama keluarga dan merasa lebih bangga apabila dapat mengucap kan SELAMAT HARI IBU!!
*Source : Joanna Fuchs + Me & Myself (sedikit tambahan ayat pada poem di atas)

Friday, May 8, 2009

Ah, aku hairan..
aku sungguh hairan..
apabila melihat masih ramai orang di luar sana yang "judge people by their appearance".
mungkin kah aku juga seperti mereka?
entah, aku sendiri tidak pasti.
tapi yang pasti aku tidak mahu menjadi seperti mereka-mereka ini.

kenapa?
hairan kah apabila melihat mereka yang kurang dari segi penampilan nya?
dia mungkin mempunyai rambut yang tidak terurus atau terurai dengan rapi seperti orang lain.
dia mungkin tidak memakai pakaian yang cantik dan mahal-mahal.
dia mungkin kurang cantik sehingga pernah digelarkan dengan panggilan "kodok".
hey, itu adalah satu penghinaan yang kejam!!

umurnya mungkin hampir mencecah 50 tahun barangkali.
tetapi dia juga mempunyai cita-cita yang sangat besar.
yang mana dia mahu menjadi seperti orang-orang lain yang berbakat besar.
Lalu dia seperti diperlekeh kan oleh mereka dengan menunjuk kan reaksi muka yang kurang yakin dengan kebolehannya.
salahkah dia mempunyai impian dan cita-cita seperti itu?
ternganga lah mulut kamu apabila dia membuka mulut nya...



p/s:- don't judge a book by it's cover.. aku bengang, video tidak dapat disiar kan!! pergi lihat sendiri Susan Boyle di youtube.

Thursday, May 7, 2009

Rasa nya memang sudah lama gile aku tidak berjoging. Last time aku joging perhaps beberapa tahun lepas gamak nya. Entah, kurang pasti pula aku. Bila sesekali aku dapat berjoging, memang lain betul rasa nya badan aku ini. "Bernanah" juga la badan aku dibuat nya.


Tapi aku bukan lah berjoging seorang diri. Rasanya kalau seorang diri, sure aku tidak akan berjoging barangkali. Kalau seorang diri kurang feel pula rasa nya. Cadangan untuk berjoging ini pun datang dari abang aku. Kebetulan the day before kami berjoging, kami makan dengan berlebihan. Banyak dari biasa rasanya. 2 kali makan di kenduri kahwin saudara dalam 1 hari, di tambah makan makaroni special dan minum air-air yang manis. So, keputusan untuk berjoging itu adalah tepat sekali untuk kami.

Sekali sekala berjoging memang best rasa nya. Tapi, semput jugak lah aku sebab nak berlari keliling taman yang besar dekat kampung aku itu. Sambil-sambil main permainan yang ada dekat taman. Huh,syok jugak rasanya. Tapi sekali saja berjoging belum puas rasa nya. Kalau boleh aku mahu berjoging at least every weekends, tapi kesempatan pula yang tidak ada. Ditambah dengan teman yang tiada untuk menemani aku berjoging. Huh!!








p/s:- jom exercise sama-sama!!

Monday, May 4, 2009

kalau hari tu, aku makan spaghetti hasil buatan sendiri..kali ini aku beralih arah pula..makaroni pula yang menjadi sajian.. ya, makaroni!!
last time aku makan makaroni adalah beberapa tahun lepas agak nya.. maklum lah, makaroni bukan lah sajian favorite ku.. jadi nafsu untuk makan pun kurang ada gamak nya.. cadangan untuk masak makaroni ini bukan lah datang dari kepala otak aku, tapi sebalik nya datang dari kepala otak abang ku.. dia pun sekarang sudah pandai hendak bermain masak2..belajar dari ibu sahabat nya barangkali..

kalau hendak ikut kan hasil nya, of course lah menjadi..plus, kami masak sendiri ikut bahan2 sendiri..senang cakap, main belasah sahaja memasuk kan bahan2..mahu mencuba sesuatu yang baru kata abang aku..tidak mahu mengikut bahan2 asal yang sepatut nya di masuk kan semasa memasak makaroni...

hasil nya:-


(hah, ini lah hasil hand made makaroni special dari aku, abangku dan tunang nya + ibu ku yang turut membantu)




p/s:-yang ini lagi sedap dari yang sebelum nya kata ibu ku..








;;