CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, January 24, 2010






p/s:- finally, i bought this book!! Local..

Tuesday, December 1, 2009





p/s:- lagu sebelum tidur!!

Thursday, November 26, 2009









p/s:- jatuh kah?!! Mungkin?!!

Friday, October 16, 2009

Suka,
Mula,
Ingat,
Rasa,
Seperti iya.
Tidak pasti sehingga ia berlaku.



p/s:-12 dan selepas 12!!!

Monday, October 5, 2009

Bila tidak suka, tiada cerita.
Bila sudah suka, ada cerita.
Macam-macam cerita pula ada.
Tidak suka hendak dengar.
Tapi juga mahu tahu cerita.
Hakikatnya cerita itu benar.
Membuatkan aku jadi kurang suka.
Sukar hendak suka.
Bila sekali suka.
Memang akan suka.
Sangat-sangat suka pula.


p/s:- tiba-tiba malas hendak suka!!!

Wednesday, September 23, 2009

Aduh, bosan pula.
Orang tiada.
Kerja ada.

Sudah mahu kahwin mereka ini.
Dia, sudah dirisik.
Dia, sedang menghitung hari.
Dia, beberapa bulan lagi.
Engkau bila mahu kahwin pula?
Eh, lambat lagi.
Umur engkau sudah 24 tahun
Oit, apa kes??!!
Ingat 24 tahun itu sama dengan 34 @ 44 tahun ke??


p/s:- kahwin tak boleh di paksa lah. Tiba-tiba aku jadi emosi pula!! Ah..

Wednesday, September 16, 2009

Malas, mengantuk, suka, tidak suka, gembira, tidak gembira, bosan, tidak sabar.
Macam-macam rasa ada dalam hati ini.
Malas, hendak pergi kerja.
Mengantuk, apabila kerja banyak.
Suka, buat kerja.
Tidak suka, duduk saja.
Gembira, apabila waktu hampir berlalu.
Tidak gembira, apabila lupa.
Bosan, apabila tiada kerja.
Tidak sabar, tunggu tiba waktu "12"


p/s:- "hampir" ada tanggungjawab.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2009!!

Friday, September 11, 2009

Ah, tak sabar nya.
Menunggu detik tiba.
Tapi.......

I'm so happy.
Feel much better now.
I say it right.



p/s:- hope!!

Sunday, September 6, 2009

Harapan tipis??
Mungkin!!
Tapi mungkin juga tidak.
Aku suka 'episod' ini.
Kerana memberi aku sedikit harapan.
Walau pun sedikit, tidak semestinya harapan tipis akan berakhir dengan kekecewaan.

Mahu berusaha supaya harapan yang tipis menjadi lebih 'tebal'.
Tetapi aku tidak tahu macam mana cara untuk 'menebal' kan harapan yang tipis itu.
Mungkin sebab aku tidak berani mencuba.
Ah, aku!!
Wanna give it a try!!
I don't think so.
Tiba-tiba saja aku menjadi 'pemalu'.
Macam mana??


p/s:- can't wait. My name is there already!!

Ah, been so-so-so busy lately.
Don't really like it.
Nak online pun 'kurang masa".

Tapi ada 1 benda yang aku suka.
Cuma belum pasti.
Harap tekaan aku betul.
Supaya aku boleh lebih suka nanti.
Best nya kalau jadi betul.
Apatah lagi kalau jadi kenyataan.
Syok!!


p/s :- can't wait this december!!

Monday, July 20, 2009

Finally ~ 'akhirnya!!' dapat pun aku menonton my favorite movie of all time. Best. Ada humour. Ada cinta. Ada feeling. Ada sedih. Ada gembira. Mungkin ada sedikit bosan especially pada mereka-mereka yang tidak biasa menonton filem ini. Mungkin juga kerana kurang aksi-aksi berlawan antara dua pihak barangkali. Whatever!! Sedikit pun aku tidak ambil peduli. Itu bukan lah tujuan utama aku untuk menonton filem ini memandangkan aku ada lah penggemar filem Harry Potter since Harry Potter 1 lagi. Malah kesemua 7 buku siri Harry Potter pun aku ada membeli dan membaca walaupun setebal 1000 pages. Kalau sudah minat, semua pun ok pada aku.

Lebih penting, aku cuma mahu mengetahui kesinambungan penceritaan Harry Potter kali ini memandangkan aku tidak berkesempatan menghabiskan bacaan buku siri ke-6 seperti yang dipertontonkan sekarang. Masa bukan tiada, cuma aku mengisi masa itu dengan membuat perkara lain. Terlalu banyak perkara yang aku perlu buat dan lakukan.


Seperti biasa, teman sepanggung aku adalah si Wanie dan si Nathrah. Mereka berdua ini adalah sahabat baik aku since aku di damansara lagi. Maklum lah, kami menginap di bawah satu bumbung yang sama. Under one roof lah katakan. But this time it's a bit awkward sebab si Nathrah membawa 2 orang teman nya menonton bersama kami. 2 guys. Strangers. Uh, i don't really like hanging out with strangers. But , since they're my friend's friends, so i'm cool with that. Just a bit weird lah.

Tapi itu tidak menjadi masalah kepada aku. Yang penting aku dapat menonton filem kegemaran aku. Cuma sedikit kesal di bahagian ending nya. Sad!! My lecturer already crying. Me? No, of course not. Cuma tidak puas hati sahaja. I'm seriously serious. (aku suka ayat ini)


p/s:- he shouldn't die JK. (won-won)

Saturday, July 18, 2009

alamanda ~ with mr.director. Haha!!



at alamanda with my mom and my dad




still at alamanda, menjamu selera with sizzling.




Burger King ~ whopper kot nama nya!!hehe


steamboat ~ wajib order setiap kali ke sini.
(regular/loyal customer since aku kecil-kecil lagi until now.)


At rest house restaurant, Temerloh
(welcome to the club abanglong. Hehe!!)


p/s : - Happy family

Wednesday, July 8, 2009

Semalam ke klinik untuk servis gigi.
Sekarang gigi rasa pelik, kusut pula rasa nya gigi ini.
Yang best nya, bukan sebab gigi.
Tapi sebab doktor nya.
Very charming and kacak. Hehe!!
Well, it's a normal thing.
Aku kan perempuan!!
Masih aku ingat ayat ini.
Dari seorang teman aku.
He's very understanding.
Die selalu akan cakap "ala, normal lah. Ko kan pompuan".
That's why aku tak ada masalah @ malu hendak bercerita apa-apa sahaja kepada beliau.
Sebab dia seorang yang sangat terbuka.
Very supporting. Seorang kawan yang sangat rapat.
Tapi sometimes menyakit kan hati jugak. Hehe!!
Normal things lah dalam berkawan.
Anyway, back to the story.
Aku macam sudah tergoda saja dengan beliau. Heh!!
Normal things lagi.
Hampir-hampir lupa terhadap "MS". Oops!!
Tapi bukan sampai keterlaluan lah.
Mana aku tahu status doktor tersebut.
Kalau suami orang, gotta go lah.
Doktor tersebut tersangatlah muda dari segi penampilan nya.
Dari pemerhatian aku, belum mencecah 30an barangkali.
Tapi, whatever lah.
Aku tergoda sekejap saja.
Sekarang muka nya pun aku sudah tidak berapa jelas.
Tapi kalau jumpa lagi, terus akan ingat kembali.
Dan semesti nya rasa seronok kembali.
Dan tiba-tiba badan terasa gatal.


p/s:- adik anis cakap, kakak ini sudah gatal!! Well, umur sudah cukup matang untuk menjadi gatal lah anis. Anyway, memang suka itu doktor gigi!! Kehkehkeh!!

Tuesday, June 16, 2009

Before I was myself you made me, me
With love and patience, discipline and tears,
Then bit by bit stepped back to set me free,

Allowing me to sail upon my sea,
Though well within the headlands of your fears.
Before I was myself you made me, me

With dreams enough of what I was to be
And hopes that would be sculpted by the years,
Then bit by bit stepped back to set me free,

Relinquishing your powers gradually
To let me shape myself among my peers.
Before I was myself you made me, me,

And being good and wise, you gracefully
As dancers when the last sweet cadence nears
Bit by bit stepped back to set me free.

For love inspires learning naturally:
The mind assents to what the heart reveres.
And so it was through love you made me, me
By slowly stepping back to set me free.





p/s:- Alhamdulillah, masih dapat mengucapkan Hari Bapa kepada Mr.Abdul Rahman Juhari. Love You Always!! (really like the words/lyrics)

Saturday, June 6, 2009

Huh, hari ini rasa sedikit penat. Pagi-pagi lagi aku sudah keluar, ke stesen pekeliling. Jumpa adik, ambil barang. Petang pula, aku keluar lagi. Ke The Mines, ada book fair. Hajat mahu mencari buku, tapi tiada pula buku yang dicari. Sedikit kesal. Tapi tidak apa lah, dalam pada itu, sempat la juga aku dan si ayu (temanku) m'shoppingkan diri. Sales beb!! Memang crazy.

Esok pula, kakak mengajak aku ke rumah nya. Ahad ada kenduri kahwin katanya. Mahu mengajak aku sekali ke sana. Ok juga, kerana aku pun kebetulan agak suka makan nasi minyak ini. Maksud aku, nasi nya sedap. Aku suka lauk nya especially ayam masak merah/pedas. Sungguh menarik perhatian aku. Plus, aku sudah lama tidak bertemu sama Haziq Ashyyraf. Sudah besar, dengarnya sudah pandai ketawa. Hihi!! So adorable.






p/s:- jika aku mempunyai duit lebih

Tuesday, June 2, 2009

Ke Tangkak, Johor.

6.56 pagi - Sudah bertolak, menaiki bas. (rombongan cik kiah, hehe). Ah, awal-awal pagi macam ini sudah hendak tayang cerita hindustan. Aku TIDAK BOLEH TERIMA!! Hindustan is not my thing!!! Pukul 7 pagi ni beb, mana ada orang hendak tengok hindustan waktu macam ini..

8.00 pagi - Semalam seharian tidak tidur, sekarang terpaksa tidur juga. Tapi mata tidak boleh lelap pula. Mungkin di dalam bas barangkali, dan juga mungkin kerana ketika ini ada sedikit perasaan teruja. Sudah lama tidak ke sana bersama keluarga, sanak saudara serta rakan-rakan.

9.00 pagi - Finally, dapat juga aku melelap kan mata untuk seketika. Biar pun sekejap, tapi kepuasan itu tetap dapat aku rasakan. Apatah lagi apabila terjaga dari tidur halwa telinga aku di hiburkan dengan lagu "killing me softly". Ah, aku memang suka mendengar old song seperti ini.

12.00 tengahari - Rasanya lagi sejam akan sampai ke destinasi, sempat sambung tidur, Syiok!!

1.30 tengahari - It's makan time!! Hurm, tidak banyak perubahan. Aku masih ingat lagi kedai makan ini, aku pernah ke sana sebelum ini. Masih sama, mungkin ada sedikit perubahan kecil, aku juga kurang pasti. Makanan nya juga enak. Selepas makan, sempat juga aku berjalan-jalan sambil mencuci mata. Seperti mahu membeli sesuatu, tetapi difikir kan dahulu. Aduh, aku tidak tahan godaan, aku capai juga barang ini. Sempat di bebel kan oleh ibu ku, aku hanya ketawa saja. Hihi~

5.30 petang - Hah, sekarang baru lah masa nya untuk betul-betul kami shopping. Hanya beli beberapa pasang baju, untuk di jahit. Mahu mencari kasut, tiada yang sesuai pula. Sudah jumpa, color nya tidak menarik perhatian pula. Terpaksa batal kan niat. Nanti dibebel lagi. Hehe.

8.00 malam - Makan malam pula. Ah, servis di kedai itu kurang memuas kan. Lambat, tidak faham cakap pula. Hangin!!

8.30 malam - Sudah bertolak pulang. Boring, malam. Tidur saja lah jawapan nya.

10.30 malam - Berhenti di shell. Sambil menunggu orang ke tandas, sempat membeli aiskrim. Siapa suruh mereka yang lambat. Haha, ketawa lagi!!

1.00 pagi - Akhir nya, sampai ke rumah semula. Sangat penat. Tapi juga puas. Buka TV, tonton JOZAN show!! ish, ish..



tak tahan godaan. Ah, tidakkkkkkk



mereka beli banyak barang, aku tidak. Hihi!!

p/s:- kelebihan berjalan jauh, jamak.


*menulis pada - 30 mei 2009

Thursday, May 28, 2009

Champions League results (M.U vs Barcelona)


Barcelona won 2-0 to M.U..


p/s:- Kecewa

Wednesday, May 27, 2009

last time makan ais kacang bersama si intan, kali ini bersama si berbaloi-baloi pula.



mari mencuba sizzling nugget. Sangat sedap untuk di makan.



first time aku berjaya menghabiskan sizzling ini. Sebelum ini, tidak pernah habis. Memang berbaloi-baloi memakan nya.



p/s:- disini la bermula nya "our" sweet memory..

disiniku menanti,
aku menanti

dalam tidur,
ku terjaga,
dan terasa sunyi,
kedinginan,
semata-mata menyelubungi,

masih jua,
disiniku menanti,

masih jua,
aku menanti,

masih jua,
aku menanti,

masih jua,
aku menanti...



p/s:- aku masih belum menonton episod 6..

Monday, May 18, 2009

Teruja. Excited. Happy. Overreacted. Speechless.
Itu lah perasaan aku di saat dan ketika aku dapat berjumpa dan bertemu serta bertentang mata dengan seseorang yang selama ini aku amat kagumi. Aku kagum dengan bakat semulajadi nya. Kreatif. Kesenian. Kebijaksaan. Semua nya ada di dalam badan, jiwa dan akal nya. Itulah sebab nya aku sangat mengagumi dan meminati seniman ini.
Rasa nya aku baru mendengar dia di radio semalam, dan aku baru melihat dia di youtube tengahari tadi. Petang nya pula, aku dapat melihat dia live in person. Betul-betul di hadapan aku. Seperti 5 tapak saja bezanya. Unbelieveable. Aku memang percaya dengan kata-kata ini. "things happen for reason". Hah,ini lah hikmah nya.
Jam sudah pukul 7 petang. Aku dan teman masih belum berada di tempat yang sepatut nya kami berada. Serdang - kesana dengan menggunakan perkhidmatan tren komuter. Cis, tren rosak. Terpaksa menunggu hampir 1 jam. Ah, aku bengang!! Bengang seperti lagu Akim lagak aku. Seperti mahu mencarut saja rasa nya. Tapi, jeritan batin saja lah. Tak kan mahu di luah kan pula.
Nah, itu lah dia hikmah disebalik kelewatan tren tersebut. Kalau tren itu tidak rosak, dan kalau tren itu sampai tepat pada masa nya, mana mungkin aku dapat bertemu dengan seseorang yang sangat aku minati dan kagumi. Excited. Over excited. Perasaan yang sangat extra ordinary ketika itu. Sepertinya aku mahu menjerit sahaja di waktu itu. Tetapi, aku masih boleh mengawal diri ku lagi.








p/s:- Reaksi ku, seperti dalam video di atas. Tapi di dalam hati sahaja lah. (scene 1 sahaja okay, yang seterus nya tiada kena mengena).Yip...big fan, big fan.Hehe, ketawa pula!!

;;