CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, May 18, 2009

Teruja dan diterujakan

Teruja. Excited. Happy. Overreacted. Speechless.
Itu lah perasaan aku di saat dan ketika aku dapat berjumpa dan bertemu serta bertentang mata dengan seseorang yang selama ini aku amat kagumi. Aku kagum dengan bakat semulajadi nya. Kreatif. Kesenian. Kebijaksaan. Semua nya ada di dalam badan, jiwa dan akal nya. Itulah sebab nya aku sangat mengagumi dan meminati seniman ini.
Rasa nya aku baru mendengar dia di radio semalam, dan aku baru melihat dia di youtube tengahari tadi. Petang nya pula, aku dapat melihat dia live in person. Betul-betul di hadapan aku. Seperti 5 tapak saja bezanya. Unbelieveable. Aku memang percaya dengan kata-kata ini. "things happen for reason". Hah,ini lah hikmah nya.
Jam sudah pukul 7 petang. Aku dan teman masih belum berada di tempat yang sepatut nya kami berada. Serdang - kesana dengan menggunakan perkhidmatan tren komuter. Cis, tren rosak. Terpaksa menunggu hampir 1 jam. Ah, aku bengang!! Bengang seperti lagu Akim lagak aku. Seperti mahu mencarut saja rasa nya. Tapi, jeritan batin saja lah. Tak kan mahu di luah kan pula.
Nah, itu lah dia hikmah disebalik kelewatan tren tersebut. Kalau tren itu tidak rosak, dan kalau tren itu sampai tepat pada masa nya, mana mungkin aku dapat bertemu dengan seseorang yang sangat aku minati dan kagumi. Excited. Over excited. Perasaan yang sangat extra ordinary ketika itu. Sepertinya aku mahu menjerit sahaja di waktu itu. Tetapi, aku masih boleh mengawal diri ku lagi.








p/s:- Reaksi ku, seperti dalam video di atas. Tapi di dalam hati sahaja lah. (scene 1 sahaja okay, yang seterus nya tiada kena mengena).Yip...big fan, big fan.Hehe, ketawa pula!!

4 Comments:

  1. Pa'e said...
    testing 1,2,3..
    nape dila x leh komen??
    Lady D said...
    testing 1,2,3..
    dila dh bole komen..
    Lady D said...
    kenapa bah..
    kau berubah..
    kenapa bah..
    Pa'e said...
    haha..nate mu..
    aku x tengok lagi lirik lagu nie..
    cuma tau part chorus 2 je la..
    so, x leh nk komen lagi hasil penulisan mamat 2..
    hehe

Post a Comment