CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, September 18, 2009

Wah, best nya....
Sudah lama aku tidak dapat duit raya.
Maklum lah, sudah 24 tahun.
Siapa yang mahu bagi duit raya lagi.
Tapi tahun ini aku dapat duit raya.
Syok!!!
Bukan sebab dapat duit nya.
Tapi suasana raya nya.
Dapat duit sebab hari raya.
Terasa macam budak kecil pula.
Tiba-tiba teringat semasa zaman kanak-kanak dulu.
Memang best, syok.
Lagi best sebab dapat duir raya sebelum hari raya.
Wah!!



p/s:- cuti raya 3 hari sahaja. Aduh!!

Friday, August 7, 2009

Huh, ramai pula yang ajak aku date.
Tengok G.I Joe. Maklum lah, scandal si dil's yang berlakon.
Nak jugak masuk dil's ini. Haha!!
Dalam kepala ini macam-macam tengah fikir.
Nak atau tak nak?





p/s:- kurang berminat sebenarnya mahu menonton cerita ini. Tapi,C.Tatum??Gila hot!!

Monday, July 20, 2009

Finally ~ 'akhirnya!!' dapat pun aku menonton my favorite movie of all time. Best. Ada humour. Ada cinta. Ada feeling. Ada sedih. Ada gembira. Mungkin ada sedikit bosan especially pada mereka-mereka yang tidak biasa menonton filem ini. Mungkin juga kerana kurang aksi-aksi berlawan antara dua pihak barangkali. Whatever!! Sedikit pun aku tidak ambil peduli. Itu bukan lah tujuan utama aku untuk menonton filem ini memandangkan aku ada lah penggemar filem Harry Potter since Harry Potter 1 lagi. Malah kesemua 7 buku siri Harry Potter pun aku ada membeli dan membaca walaupun setebal 1000 pages. Kalau sudah minat, semua pun ok pada aku.

Lebih penting, aku cuma mahu mengetahui kesinambungan penceritaan Harry Potter kali ini memandangkan aku tidak berkesempatan menghabiskan bacaan buku siri ke-6 seperti yang dipertontonkan sekarang. Masa bukan tiada, cuma aku mengisi masa itu dengan membuat perkara lain. Terlalu banyak perkara yang aku perlu buat dan lakukan.


Seperti biasa, teman sepanggung aku adalah si Wanie dan si Nathrah. Mereka berdua ini adalah sahabat baik aku since aku di damansara lagi. Maklum lah, kami menginap di bawah satu bumbung yang sama. Under one roof lah katakan. But this time it's a bit awkward sebab si Nathrah membawa 2 orang teman nya menonton bersama kami. 2 guys. Strangers. Uh, i don't really like hanging out with strangers. But , since they're my friend's friends, so i'm cool with that. Just a bit weird lah.

Tapi itu tidak menjadi masalah kepada aku. Yang penting aku dapat menonton filem kegemaran aku. Cuma sedikit kesal di bahagian ending nya. Sad!! My lecturer already crying. Me? No, of course not. Cuma tidak puas hati sahaja. I'm seriously serious. (aku suka ayat ini)


p/s:- he shouldn't die JK. (won-won)

Saturday, July 18, 2009

alamanda ~ with mr.director. Haha!!



at alamanda with my mom and my dad




still at alamanda, menjamu selera with sizzling.




Burger King ~ whopper kot nama nya!!hehe


steamboat ~ wajib order setiap kali ke sini.
(regular/loyal customer since aku kecil-kecil lagi until now.)


At rest house restaurant, Temerloh
(welcome to the club abanglong. Hehe!!)


p/s : - Happy family

Thursday, June 25, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!

Hari ini umur ku sudah menginjak ke 1 tahun lagi. Sudah 24 tahun rupa nya umur aku sekarang. Tapi tidak apa lah, age is just a number!!. Itu lah apa yang orang selalu cakap kan. Tak penting pun semua itu pada aku. Yang penting sekarang aku sudah masuk ke 1 lagi fasa baru dalam hidup aku. Kebetulan pembelajaran aku juga sudah tamat. Sebenarnya aku sendiri yang mahu menamat kan pembelajaran aku. Cukup lah sampai setakat ini sahaja. Aku sudah tidak mampu untuk mentelaah buku-buku lagi barangkali. Sebenarnya aku sudah malas hendak berfikir dan membaca untuk menjawab segala exam, test, quiz. Tapi aku suka membaca untuk pengetahuan ilmu aku. Bukan buku-buku business aku lah yang pasti. Apatah lagi buku ekonomi yang memang tiada istilah hiburan langsung pada aku. Memang aku tidak boleh terima matapelajaran ini walau 10 kali aku belajar sekali pun.

Apa-apa pun aku hanya ingin mengucap kan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada sahabat, teman, kawan-kawan aku samada yang di kenali mahupun tidak di kenali kerana wish birthday kepada aku melalui laman sesawang aku. Appreciate sangat-sangat kepada anda semua. Terima kasih lah kepada pemberi kek dan juga kad graffiti di facebook. Very cool & creative!! Hehe!! Masih happy walau pun gementar untuk perjuangan terakhir esok. All the best to me for tomorrow.


p/s:- Banyak dapat "hadiah" hari ini.Thanks y'all!! ~apek, thanks 4 the video..cute seyh!!~

Tuesday, June 2, 2009

Ke Tangkak, Johor.

6.56 pagi - Sudah bertolak, menaiki bas. (rombongan cik kiah, hehe). Ah, awal-awal pagi macam ini sudah hendak tayang cerita hindustan. Aku TIDAK BOLEH TERIMA!! Hindustan is not my thing!!! Pukul 7 pagi ni beb, mana ada orang hendak tengok hindustan waktu macam ini..

8.00 pagi - Semalam seharian tidak tidur, sekarang terpaksa tidur juga. Tapi mata tidak boleh lelap pula. Mungkin di dalam bas barangkali, dan juga mungkin kerana ketika ini ada sedikit perasaan teruja. Sudah lama tidak ke sana bersama keluarga, sanak saudara serta rakan-rakan.

9.00 pagi - Finally, dapat juga aku melelap kan mata untuk seketika. Biar pun sekejap, tapi kepuasan itu tetap dapat aku rasakan. Apatah lagi apabila terjaga dari tidur halwa telinga aku di hiburkan dengan lagu "killing me softly". Ah, aku memang suka mendengar old song seperti ini.

12.00 tengahari - Rasanya lagi sejam akan sampai ke destinasi, sempat sambung tidur, Syiok!!

1.30 tengahari - It's makan time!! Hurm, tidak banyak perubahan. Aku masih ingat lagi kedai makan ini, aku pernah ke sana sebelum ini. Masih sama, mungkin ada sedikit perubahan kecil, aku juga kurang pasti. Makanan nya juga enak. Selepas makan, sempat juga aku berjalan-jalan sambil mencuci mata. Seperti mahu membeli sesuatu, tetapi difikir kan dahulu. Aduh, aku tidak tahan godaan, aku capai juga barang ini. Sempat di bebel kan oleh ibu ku, aku hanya ketawa saja. Hihi~

5.30 petang - Hah, sekarang baru lah masa nya untuk betul-betul kami shopping. Hanya beli beberapa pasang baju, untuk di jahit. Mahu mencari kasut, tiada yang sesuai pula. Sudah jumpa, color nya tidak menarik perhatian pula. Terpaksa batal kan niat. Nanti dibebel lagi. Hehe.

8.00 malam - Makan malam pula. Ah, servis di kedai itu kurang memuas kan. Lambat, tidak faham cakap pula. Hangin!!

8.30 malam - Sudah bertolak pulang. Boring, malam. Tidur saja lah jawapan nya.

10.30 malam - Berhenti di shell. Sambil menunggu orang ke tandas, sempat membeli aiskrim. Siapa suruh mereka yang lambat. Haha, ketawa lagi!!

1.00 pagi - Akhir nya, sampai ke rumah semula. Sangat penat. Tapi juga puas. Buka TV, tonton JOZAN show!! ish, ish..



tak tahan godaan. Ah, tidakkkkkkk



mereka beli banyak barang, aku tidak. Hihi!!

p/s:- kelebihan berjalan jauh, jamak.


*menulis pada - 30 mei 2009

Thursday, May 28, 2009

Champions League results (M.U vs Barcelona)


Barcelona won 2-0 to M.U..


p/s:- Kecewa

Sunday, May 17, 2009

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka
Jika hari ini seorang Penyanyi menjadi pujaan
Jika hari ini seorang Pelakon di gilai ramai
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut dan sabarnya mengajar tulis-baca
Dialah ibu, dia lah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.



ibu ku juga seorang pendidik



Cikgu Zul - guru seni di sekolah (SMKT).



p/s:- thanks to my mom, cikgu-cikgu, pengajar-pengajar..rindu hendak mendengar cikgu zul menyebut "baghdad betul awak ni"..haha!! miss that moment!!
source:-Usman Awang + maaf lah kepada empunya coretan di atas, aku menambah sedikit ayat. hehe!! Thanks to SMKT group di Facebook kerana mengupload kan gambar cikgu zul.

Wednesday, April 22, 2009

Happy Earth Day!! hari bumi??

memang sepatut nya di raikan apatah lagi di zaman sekarang.
Global Warming, Green House Effect, Deforestration dan macam-macam lagi lah yang sedang berlaku sekarang. Eh, betul ke apa yang aku tulis ni? Perhaps!!
ini apa yang aku belajar dari kelas
Environmental Management lah agak nya.

semoga dengan ada nya Earth Day ini, semua orang boleh mengambil iktibar dan cuba untuk menjaga alam sekitar, sekeliling dan yang sewaktu dengan nya.






p/s:- sudah lupa apa yang dipelajari!!

Monday, March 9, 2009

JUNJUNGAN MULIA

tercipta satu lembaran sejarah
ditanah suci kota mekah
hari yang mulia penuh syahadah
bermula lah sebuah kisah

malam isnin subuh yang indah
12 rabiul'awal yang cerah
20 april tahun gajah
lahir lah zuriat yang syahadah

abdullah nama bapanya
siti aminah ibunya
riang gembira menyambutnya
lahirlah putra yang utama

muhammad nama diberi
gelaran yang terpuji
nikmat Ilahi sama disyukuri
terima putera yang berbakti


p/s:- selawat ke atas nabi junjungan kita Nabi Muhammad (s.a.w)




;;