CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, August 9, 2009

Sepanjang aku menetap di Midvalley, K.L ini tidak lah pula aku tahu ada Maxis Centre di sana. Ingat mahu ke KLCC saja pergi ke Maxis Centre. Ayu, telefon nya hilang pula. Macam mana boleh hilang pun aku tidak pasti. Ayu sendiri pun tidak pasti, apatah lagi aku. Haha!!
Kawan pernah cakap di Midvalley ada Maxis Centre. Tapi aku agak hairan sebab sepanjang aku menghabiskan duit di sana tidak pernah pula aku jumpa centre nya. Cari dan cari dan bertanya, rupanya Maxis Centre berada di The Garden Mall. Bersebelahan dengan Midvalley Mall. Maknanya ia bukan lah berada di Midvalley. Aisey my friend, Lu orang sudah salah kasi info lah. Nasib lah aku mahu juga cuba untuk mencari centre nya di Midvalley. Malas mahu jalan jauh-jauh sampai KLCC. Tapi ada bagus nya juga, lagi pun aku sendiri tidak pernah ke The Garden. Tapi bab garden-garden ini memang bukan tempat aku lah. Bukan sebab mahal, branded dan sebagai nya. Tapi, boring!! Serius bosan tempat nya. Huh!!

p/s:- Kesian si Ayu, sudah 2 kali telefon dia hilang.

Saturday, August 8, 2009

Kali pertama, mungkin.
Sedang berfikir!!
Mahu 15 atau 1 haribulan?!!
Keputusan hati lebih memihak kepada 1 haribulan.
Hopefully ~ boleh, dapat!!
Takut, tidak sabar.



p/s:- damansara perdana here i come!!

Friday, August 7, 2009

Huh, ramai pula yang ajak aku date.
Tengok G.I Joe. Maklum lah, scandal si dil's yang berlakon.
Nak jugak masuk dil's ini. Haha!!
Dalam kepala ini macam-macam tengah fikir.
Nak atau tak nak?





p/s:- kurang berminat sebenarnya mahu menonton cerita ini. Tapi,C.Tatum??Gila hot!!

Tuesday, August 4, 2009

Huh, selamat.
Pergi pc fair ~ klcc with my friends and 1 stranger friend.
Nasib lah dia dapat kenal dengan orang seperti aku ini.
Stranger? confirm aku akan buat hal aku saja dan confirm juga lah aku tidak akan bercakap dengan mereka-mereka ini.
Cakap pun sekadar tegur-tegur biasa saja. Sekadar mahu mengambil hati.
Tidak mahu di cop sombong pula nanti.
Nah, akhir nya kau berjalan bersama kawan baru kau.
Aku pula berjalan bersama kawan-kawan lama aku.
Kau ke sana, aku ke sini. Hihi!!
Sory beb, kurang selesa lah hanging out with stranger ini.
Akward, weird!!
Tak kisah lah pasal stranger ini.
Yang penting aku dapat beli ape yang aku hendak beli.
Biar pun cuma 1 barang saja.
Dan lagi best, dapat makan 'roti boy'.
Gila, sudah lama aku tidak makan 'roti boy' yang di klcc ini.
Boleh kata antara perkara wajib bagi aku untuk beli 'benda alah' ini kalau aku ke klcc bersama teman-teman aku.
Especially with si 'najiban' and si 'natelah'. Hehe!!


p/s:- hajat mahu makan burger king, tidak jadi pula. Mahu mencuba sizzling di klcc. Kurang sedap. Hampeh!!

Saturday, August 1, 2009

Aduh, aku baru hendak bermesra-mesraan esok di klcc ~ pc fair.
Member aku pula mahu membawa teman nya bersama.
Lagi sekali aku keluar bersama stranger. Kenalan dari internet pula itu.
Once again!! stranger!!
1 saja masalah aku sebenarnya. Aku kurang berkenan betul kalau terpaksa keluar dengan stranger ini. Aku pun tidak tahu kenapa. But, that's me!! Fakta atau hakikat, aku sendiri pun tidak tahu.

Bukan lah aku tidak suka pada stranger sebenarnya, cuma kalau aku keluar bersama teman + ada seorang atau 2 stranger, tiba-tiba aku akan rasa akward pula. Uncomfortable. Itu yang membuat kan aku kurang berkenan sikit pada stranger ini. Sorry lah pada stranger-stranger yang aku kurang berkenan ini ya. Tapi tidak apa lah, memandang kan mereka-mereka ini adalah teman kepada sahabat aku, aku terima saja seadanya. As long as they're happy, i'm happy.

;;