CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, June 2, 2009

Jalan-jalan

Ke Tangkak, Johor.

6.56 pagi - Sudah bertolak, menaiki bas. (rombongan cik kiah, hehe). Ah, awal-awal pagi macam ini sudah hendak tayang cerita hindustan. Aku TIDAK BOLEH TERIMA!! Hindustan is not my thing!!! Pukul 7 pagi ni beb, mana ada orang hendak tengok hindustan waktu macam ini..

8.00 pagi - Semalam seharian tidak tidur, sekarang terpaksa tidur juga. Tapi mata tidak boleh lelap pula. Mungkin di dalam bas barangkali, dan juga mungkin kerana ketika ini ada sedikit perasaan teruja. Sudah lama tidak ke sana bersama keluarga, sanak saudara serta rakan-rakan.

9.00 pagi - Finally, dapat juga aku melelap kan mata untuk seketika. Biar pun sekejap, tapi kepuasan itu tetap dapat aku rasakan. Apatah lagi apabila terjaga dari tidur halwa telinga aku di hiburkan dengan lagu "killing me softly". Ah, aku memang suka mendengar old song seperti ini.

12.00 tengahari - Rasanya lagi sejam akan sampai ke destinasi, sempat sambung tidur, Syiok!!

1.30 tengahari - It's makan time!! Hurm, tidak banyak perubahan. Aku masih ingat lagi kedai makan ini, aku pernah ke sana sebelum ini. Masih sama, mungkin ada sedikit perubahan kecil, aku juga kurang pasti. Makanan nya juga enak. Selepas makan, sempat juga aku berjalan-jalan sambil mencuci mata. Seperti mahu membeli sesuatu, tetapi difikir kan dahulu. Aduh, aku tidak tahan godaan, aku capai juga barang ini. Sempat di bebel kan oleh ibu ku, aku hanya ketawa saja. Hihi~

5.30 petang - Hah, sekarang baru lah masa nya untuk betul-betul kami shopping. Hanya beli beberapa pasang baju, untuk di jahit. Mahu mencari kasut, tiada yang sesuai pula. Sudah jumpa, color nya tidak menarik perhatian pula. Terpaksa batal kan niat. Nanti dibebel lagi. Hehe.

8.00 malam - Makan malam pula. Ah, servis di kedai itu kurang memuas kan. Lambat, tidak faham cakap pula. Hangin!!

8.30 malam - Sudah bertolak pulang. Boring, malam. Tidur saja lah jawapan nya.

10.30 malam - Berhenti di shell. Sambil menunggu orang ke tandas, sempat membeli aiskrim. Siapa suruh mereka yang lambat. Haha, ketawa lagi!!

1.00 pagi - Akhir nya, sampai ke rumah semula. Sangat penat. Tapi juga puas. Buka TV, tonton JOZAN show!! ish, ish..



tak tahan godaan. Ah, tidakkkkkkk



mereka beli banyak barang, aku tidak. Hihi!!

p/s:- kelebihan berjalan jauh, jamak.


*menulis pada - 30 mei 2009

6 Comments:

  1. Shino+1stlady said...
    ahhhhhh tidakkkkkkkk..Haziq Ashyrraf bin Md. Razaidi nak jugak patrick ituuuuuuuuuuuuu
    Pa'e said...
    jom cari kat mines...
    ade 1 kedai nie murah jual teddy, tp patrick x tau la ade @ x..
    hehehe
    jolly arora said...
    nice picture
    Pa'e said...
    thanks jolly..
    Lady D said...
    patrick yg mu tergude???
    aku nak cari HAGEMARU!!
    Tapi x pnh jumpe pong..
    Pa'e said...
    HAGEMARU ade, tp jarang2 ade kot, or maybe ssh nk jmpe..
    huhu..

Post a Comment