CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, May 16, 2009

Telefon berbunyi..

Telefon?Telefon berbunyi..telefon,kami datang. Haha. Sudah lama aku tidak merepek seperti ini disini. Tapi itu bukan lah apa yang mahu aku coret kan di sini. Tetapi juga, ia memang sama sekali berkait rapat dengan telefon.

Pagi - Sudah perasan telefon off. Di fikiran ku "ah, kejap lagi lah charge".
Tengahari - Telefon aku yang ke-2 berbunyi. Panggilan dari ibu ku.

Baru aku perasan yang aku terlupa hendak charge telefon aku yang sejak malam semalam sudah off. Ini lah padah nya apabila aku menangguh kan kerja aku yang sepatutnya aku buat dari pagi tadi iaitu charge telefon aku. Akibat nya, aku ada 5 panggilan yang tidak ,terjawab dan 4 pesanan ringkas yang sepatut nya aku balas. Maaf lah umi, yana, ayu. Tidak perasan telefon di sebelahku ini sudah off dari semalam.

Di fikiran ku, "untung juga pakai lebih dari 1 telefon". Bukan untuk berlagak kaya atau banyak duit, tetapi ia juga adalah untuk keperluan di waktu-waktu emergency. Sama seperti apa yang berlaku kepada aku hari ini lah. Hakikat nya aku menggunakan 1 telefon saja. Sudah mencukupi bagi aku. Yang lagi 1, aku anggap untuk di guna kan pada waktu-waktu kecemasan sahaja. Seperti apa yang berlaku hari ini. Hehe.



p/s:- Sekarang handphone tiada kredit, terpaksa pakai handphone emergency!! tiada expired date selama 2tahun!!memang best.

0 Comments:

Post a Comment