CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, May 13, 2009

YM dan penyakit M

Hurm, tiba-tiba idea aku kering pula malam ini. Tidak tahu apa yang hendak di ketengahkan. Otak aku nampak nya kurang berfungsi malam ini. Ah, aku bengang!! Aku hangin!! YM aku tiba-tiba buat hal pula. Kurang berfungsi dengan baik. Tapi bukan lah sampai aku tidak boleh berchatting dengan kawan-kawan aku. Cuma YM aku agak bengong sedikit. Nak kata YM aku ini outdated, aku baru lepas update. Bila aku check, sudah version 9 YM aku ni. Tapi tak macam YM version 9 kawan-kawan aku rasa nya. Entah lah, malas aku hendak layan. Setahu aku, version 9 paling latest. Itu pun kalau aku ini tak outdated lah kan. But the worst part is, problem ni happen lepas aku update YM aku ini. Kalau aku tahu, baik aku tak payah update. Biar lah YM aku outdated sekali pun asal kan tak ada problem. Itu lagi bagus pada aku. Tapi tak apa lah, yang penting YM aku ni masih boleh chatting, send file, lagu dan sebagai nya, aku masih boleh terima lagi. Hehe..

Tak apa lah. Daripada aku risau tak tentu pasal, baik aku menyiap kan kerja aku yang sudah lama aku tangguh. Ah, penyakit "M" aku sudah lama menular dalam badan ini. Memang penyakit ini tidak boleh sembuh even daripada mana-mana doktor pakar sekali pun. Hanya aku saja yang boleh merawat penyakit "M" ini. Ini penyakit diri sendiri nama nya. Haha..



Petikan dari research Dr. Fadzillah Kamsah (orang-orang yang lahir pada bulan Jun):-

* Berfikiran jauh & berwawasan. * Mudah ditawan kerana sikap baik. * Berperangai lemah lembut. * Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. * Idea yang terlalu banyak di kepala. * Bersikap sensitif. * Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). * Sukar melakukan sesuatu dengan segera. * Bersikap suka menangguh-nangguh. * Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. * Cepat marah & cepat sejuk. * Suka bercakap & berdebat. * Suka buat lawak & bergurau. * Otaknya cerdas berangan-angan. * Mudah berkawan & pandai berkawan. * orang yang sangat tertib. * Pandai mempamerkan sikap. * Mudah kecil hati. * Mudah kena selsema. * Suka berkemas. * Cepat rasa bosan. * Sikap terlalu memilih & cerewet. * Kurang mempamerkan perasaan. * Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. * Suka pada barang yang berjenama. * Mudah menjadi eksekutif. * Kedegilan yang tidak terkawal. * Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.


Ya, seperti nya memang tepat mengena pada aku lah ni. Orang-orang yang lahir pada bulan Jun memang suka menangguh-nangguh kan kerja seperti aku barangkali. Tapi pada aku, it's up to individual lah. Itu cuma research yang kebetulan ada kena mengena dengan golongan-golongan seperti aku ini. Hihi!!


p/s:- 3 kali mandi sebab panas!!huhu

2 Comments:

  1. jolly arora said...
    Pa'e said...
    thanks..

Post a Comment