CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, August 8, 2009

Kali pertama, mungkin.
Sedang berfikir!!
Mahu 15 atau 1 haribulan?!!
Keputusan hati lebih memihak kepada 1 haribulan.
Hopefully ~ boleh, dapat!!
Takut, tidak sabar.



p/s:- damansara perdana here i come!!

Friday, August 7, 2009

Huh, ramai pula yang ajak aku date.
Tengok G.I Joe. Maklum lah, scandal si dil's yang berlakon.
Nak jugak masuk dil's ini. Haha!!
Dalam kepala ini macam-macam tengah fikir.
Nak atau tak nak?





p/s:- kurang berminat sebenarnya mahu menonton cerita ini. Tapi,C.Tatum??Gila hot!!

Tuesday, August 4, 2009

Huh, selamat.
Pergi pc fair ~ klcc with my friends and 1 stranger friend.
Nasib lah dia dapat kenal dengan orang seperti aku ini.
Stranger? confirm aku akan buat hal aku saja dan confirm juga lah aku tidak akan bercakap dengan mereka-mereka ini.
Cakap pun sekadar tegur-tegur biasa saja. Sekadar mahu mengambil hati.
Tidak mahu di cop sombong pula nanti.
Nah, akhir nya kau berjalan bersama kawan baru kau.
Aku pula berjalan bersama kawan-kawan lama aku.
Kau ke sana, aku ke sini. Hihi!!
Sory beb, kurang selesa lah hanging out with stranger ini.
Akward, weird!!
Tak kisah lah pasal stranger ini.
Yang penting aku dapat beli ape yang aku hendak beli.
Biar pun cuma 1 barang saja.
Dan lagi best, dapat makan 'roti boy'.
Gila, sudah lama aku tidak makan 'roti boy' yang di klcc ini.
Boleh kata antara perkara wajib bagi aku untuk beli 'benda alah' ini kalau aku ke klcc bersama teman-teman aku.
Especially with si 'najiban' and si 'natelah'. Hehe!!


p/s:- hajat mahu makan burger king, tidak jadi pula. Mahu mencuba sizzling di klcc. Kurang sedap. Hampeh!!

Saturday, August 1, 2009

Aduh, aku baru hendak bermesra-mesraan esok di klcc ~ pc fair.
Member aku pula mahu membawa teman nya bersama.
Lagi sekali aku keluar bersama stranger. Kenalan dari internet pula itu.
Once again!! stranger!!
1 saja masalah aku sebenarnya. Aku kurang berkenan betul kalau terpaksa keluar dengan stranger ini. Aku pun tidak tahu kenapa. But, that's me!! Fakta atau hakikat, aku sendiri pun tidak tahu.

Bukan lah aku tidak suka pada stranger sebenarnya, cuma kalau aku keluar bersama teman + ada seorang atau 2 stranger, tiba-tiba aku akan rasa akward pula. Uncomfortable. Itu yang membuat kan aku kurang berkenan sikit pada stranger ini. Sorry lah pada stranger-stranger yang aku kurang berkenan ini ya. Tapi tidak apa lah, memandang kan mereka-mereka ini adalah teman kepada sahabat aku, aku terima saja seadanya. As long as they're happy, i'm happy.

Monday, July 20, 2009

Finally ~ 'akhirnya!!' dapat pun aku menonton my favorite movie of all time. Best. Ada humour. Ada cinta. Ada feeling. Ada sedih. Ada gembira. Mungkin ada sedikit bosan especially pada mereka-mereka yang tidak biasa menonton filem ini. Mungkin juga kerana kurang aksi-aksi berlawan antara dua pihak barangkali. Whatever!! Sedikit pun aku tidak ambil peduli. Itu bukan lah tujuan utama aku untuk menonton filem ini memandangkan aku ada lah penggemar filem Harry Potter since Harry Potter 1 lagi. Malah kesemua 7 buku siri Harry Potter pun aku ada membeli dan membaca walaupun setebal 1000 pages. Kalau sudah minat, semua pun ok pada aku.

Lebih penting, aku cuma mahu mengetahui kesinambungan penceritaan Harry Potter kali ini memandangkan aku tidak berkesempatan menghabiskan bacaan buku siri ke-6 seperti yang dipertontonkan sekarang. Masa bukan tiada, cuma aku mengisi masa itu dengan membuat perkara lain. Terlalu banyak perkara yang aku perlu buat dan lakukan.


Seperti biasa, teman sepanggung aku adalah si Wanie dan si Nathrah. Mereka berdua ini adalah sahabat baik aku since aku di damansara lagi. Maklum lah, kami menginap di bawah satu bumbung yang sama. Under one roof lah katakan. But this time it's a bit awkward sebab si Nathrah membawa 2 orang teman nya menonton bersama kami. 2 guys. Strangers. Uh, i don't really like hanging out with strangers. But , since they're my friend's friends, so i'm cool with that. Just a bit weird lah.

Tapi itu tidak menjadi masalah kepada aku. Yang penting aku dapat menonton filem kegemaran aku. Cuma sedikit kesal di bahagian ending nya. Sad!! My lecturer already crying. Me? No, of course not. Cuma tidak puas hati sahaja. I'm seriously serious. (aku suka ayat ini)


p/s:- he shouldn't die JK. (won-won)

Saturday, July 18, 2009

alamanda ~ with mr.director. Haha!!



at alamanda with my mom and my dad




still at alamanda, menjamu selera with sizzling.




Burger King ~ whopper kot nama nya!!hehe


steamboat ~ wajib order setiap kali ke sini.
(regular/loyal customer since aku kecil-kecil lagi until now.)


At rest house restaurant, Temerloh
(welcome to the club abanglong. Hehe!!)


p/s : - Happy family

Thursday, July 16, 2009

hari ini di temerloh,
esok di bangi,
kemudian di kuala lumpur.
penat,
tapi sangat best.

Natelah - thanks for the ip address
Wanie - can't wait to meet you
Ayu - thanks for everything
Kawan - kawan yang lain, nanti kita ketemu ya.
Malas mahu turun lah.
Tunggu saja lah ya.

ah, buku half blood prince belum habis di baca.
tidak seronok rasa nya menonton tanpa membaca sinopsis nya terdahulu.
kerana aku tidak dapat membayang kan keadaan nya tanpa membaca.
buku nya pula di Putrajaya.

bila sudah sampai,
rasa tidak mahu pulang pula.
apabila sudah pulang,
rasa tidak mahu kembali pula.


p/s:- Heal the world - favorite!!

Sunday, July 12, 2009

Malam ini.
bilik lain,
katil lain,
tilam lain,
bantal lain,
cadar lain,
suasana lain,
semua lain.
Tapi masih selesa.
Itu yang penting.
Keselesaan!!

Lebih penting, walaupun di tempat lain aku masih dapat menonton filem kegemaran aku.Lagi penting bila sequel seterus nya bakal di tayang kan tidak lama lagi. Can't wait!! Tetapi quite frustrated jugak lah apabila tidak dapat menonton other film yang di tunggu-tunggu sekian lama. Tapi tidak apa lah, sebab yang penting aku tetap akan menonton filem kegemaran aku next week. Midvalley, here i come!!


p/s:- gila tidak sabar aku!!

Wednesday, July 8, 2009

Semalam ke klinik untuk servis gigi.
Sekarang gigi rasa pelik, kusut pula rasa nya gigi ini.
Yang best nya, bukan sebab gigi.
Tapi sebab doktor nya.
Very charming and kacak. Hehe!!
Well, it's a normal thing.
Aku kan perempuan!!
Masih aku ingat ayat ini.
Dari seorang teman aku.
He's very understanding.
Die selalu akan cakap "ala, normal lah. Ko kan pompuan".
That's why aku tak ada masalah @ malu hendak bercerita apa-apa sahaja kepada beliau.
Sebab dia seorang yang sangat terbuka.
Very supporting. Seorang kawan yang sangat rapat.
Tapi sometimes menyakit kan hati jugak. Hehe!!
Normal things lah dalam berkawan.
Anyway, back to the story.
Aku macam sudah tergoda saja dengan beliau. Heh!!
Normal things lagi.
Hampir-hampir lupa terhadap "MS". Oops!!
Tapi bukan sampai keterlaluan lah.
Mana aku tahu status doktor tersebut.
Kalau suami orang, gotta go lah.
Doktor tersebut tersangatlah muda dari segi penampilan nya.
Dari pemerhatian aku, belum mencecah 30an barangkali.
Tapi, whatever lah.
Aku tergoda sekejap saja.
Sekarang muka nya pun aku sudah tidak berapa jelas.
Tapi kalau jumpa lagi, terus akan ingat kembali.
Dan semesti nya rasa seronok kembali.
Dan tiba-tiba badan terasa gatal.


p/s:- adik anis cakap, kakak ini sudah gatal!! Well, umur sudah cukup matang untuk menjadi gatal lah anis. Anyway, memang suka itu doktor gigi!! Kehkehkeh!!

Friday, June 26, 2009

Hari ini aku hampir-hampir hendak mengalir kan air mata apabila di belasah teruk oleh panel semasa pembentangan projek akhir aku (research). Bagai nak rak juga lah Mr.idris kasi pukul aku kaw-kaw. Salah aku ke semua nya? Sudah di kaji oleh supervisor sebelum nya, tiada masalah. Cuma sedikit-sedikit sahaja.

Susah juga apabila panel dan supervisor tidak sependapat ini. Siapa yang menjadi mangsa nya? Aku lah, siapa lagi. Wargh!!! stress betul aku di buat nya. Mr.idris almost rejected my proposal. Apa dia ingat proposal aku ini seperti "lamaran" ke sampai mahu di reject sebegitu sekali. Cuak beb!!

Hairan? seorang lagi panel Mr.Abd Aziz yang sibuk di canang-canang oleh pelajar sebagai antara panel yang paling menggerun kan tidak pula berkata apa-apa kepada aku. Dia masih boleh terima proposal aku malah sempat memuji cara body language aku semasa membuat perbentangan. Malah Mr.Aziz antara orang yang aku doa-doa supaya tidak menyoal siasat aku seperti polis, rupa nya langsung tidak menyoal aku seperti orang-orang lain. Mungkin doa aku termakbul barangkali. Tetapi tidak lah pula aku menyangka aku akan di belasah teruk oleh Mr.Idris. Tapi apa-apa pun aku syukur kerana proposal aku masih di anggap "pass" oleh kedua-dua panel. Cuma banyak pembetulan yang harus dibetulkan. Walau apa-apa pun aku tetap stress.


p/s:- supervisor kata begini, accessor kata begitu!!aku yang di tengah-tengah menjadi mangsa. Mahu ikut kata siapa? Ah, TENSION SIOT!!

Thursday, June 25, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!

Hari ini umur ku sudah menginjak ke 1 tahun lagi. Sudah 24 tahun rupa nya umur aku sekarang. Tapi tidak apa lah, age is just a number!!. Itu lah apa yang orang selalu cakap kan. Tak penting pun semua itu pada aku. Yang penting sekarang aku sudah masuk ke 1 lagi fasa baru dalam hidup aku. Kebetulan pembelajaran aku juga sudah tamat. Sebenarnya aku sendiri yang mahu menamat kan pembelajaran aku. Cukup lah sampai setakat ini sahaja. Aku sudah tidak mampu untuk mentelaah buku-buku lagi barangkali. Sebenarnya aku sudah malas hendak berfikir dan membaca untuk menjawab segala exam, test, quiz. Tapi aku suka membaca untuk pengetahuan ilmu aku. Bukan buku-buku business aku lah yang pasti. Apatah lagi buku ekonomi yang memang tiada istilah hiburan langsung pada aku. Memang aku tidak boleh terima matapelajaran ini walau 10 kali aku belajar sekali pun.

Apa-apa pun aku hanya ingin mengucap kan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada sahabat, teman, kawan-kawan aku samada yang di kenali mahupun tidak di kenali kerana wish birthday kepada aku melalui laman sesawang aku. Appreciate sangat-sangat kepada anda semua. Terima kasih lah kepada pemberi kek dan juga kad graffiti di facebook. Very cool & creative!! Hehe!! Masih happy walau pun gementar untuk perjuangan terakhir esok. All the best to me for tomorrow.


p/s:- Banyak dapat "hadiah" hari ini.Thanks y'all!! ~apek, thanks 4 the video..cute seyh!!~

Wednesday, June 24, 2009

Hajat nya aku mahu tidur sekarang ini, tapi tiba-tiba teringat kan blog ini pula. Mungkin sebab ada story yang mahu di tulis. Huh!!

Facebook

Manusia 1 :- U, macam mana hendak main facebook ini?
aku :- macam itu lah, macam mana lagi. Sama macam yang lain-lain juga. Sama saja.
manusia 1 :- i tak faham lah?
aku :- ala, tak apa, nanti sudah lama, biasa lah.
manusia 1 :- U tolong lah setting kan apa-apa yang patut dekat facebook i. (sanggup bagi password)
aku :- Ok, i tolong buat kan.
manusia 1 :- Kenapa facebook i dengan u lain? kenapa recent activities u lain dengan i punya?
aku :- memang lah lain-lain. sudah nama pun facebook sendiri-sendiri punya. ($##$%^)
manusia 1 :- i tak faham lah. Pelik facebook ini. I tak nampak pun tempat notification yang u cakap dekat i itu. Ada dekat mana? Keluar apa?apa dia? apa itu, apa ini?
aku :- Slow-slow lah dulu. Relax saja. Nanti u biasa lah. Kenapa hendak rushing- rushing. (waargh!!! no more question please!! tiba- tiba aku boleh jadi hangin pula dengan mamat ini.)


YM

aku (i'm mobile) :- If ym i (i'm mobile @ i'm on sms), maksud nya i tak online. Tak payah buzz i lah.
manusia 2/3 :- oo, ok!!
aku (i'm mobile) :- semalam u buzz i? kenapa? kan i tak online. i kan pakai i'm mobile.
manusia 2/3 :- Saja buzz u. Tak boleh ke?
aku (i'm mobile) :- u buzz i pukul 3 pagi, i sudah tidur. Lepas itu masuk dalam handphone i.
Terus i tersedar dengar handphone i berbunyi.
manusia 2/3 :- oo, ya ke? Sorry lah. Hehe. (sambil ketawa)
aku (i'm mobile) :- kalau i pakai i'm mobile, i tak online, so tak payah buzz lah ya. (ulang sekali lagi)
manusia 2/3 :- ok, i faham, i tau. Lepas ini i tak kacau u lagi ok!!
aku (i'm mobile) :- ok.
manusia 2/3 :- hi U. ( 3/4 a.m)
aku (i'm mobile) :- tidur. (lagi sekali tersedar hanphone berbunyi) semalam i sudah tidur lah. kenapa u "hi" i. Kan i sudah bagitahu u. Kalau i"m mobile i tak online la maksud nya.
manusia 2&3 :- ya, i tahu. Saja kacau.
aku (i'm mobile) :- $#%^^%&**

p/s:- Aduh, aku kurang faham lah dengan manusia-manusia yang kurang bijak ini. Kalau orang yang aku tidak kenal, aku sudah ignore atau delete saja mereka-mereka ini dari list ym aku, tapi mereka-mereka yang kurang bijak ini kawan aku sendiri. Marah nya hati aku ini pada mereka.

;;