CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, June 26, 2009

Emosi minda

Hari ini aku hampir-hampir hendak mengalir kan air mata apabila di belasah teruk oleh panel semasa pembentangan projek akhir aku (research). Bagai nak rak juga lah Mr.idris kasi pukul aku kaw-kaw. Salah aku ke semua nya? Sudah di kaji oleh supervisor sebelum nya, tiada masalah. Cuma sedikit-sedikit sahaja.

Susah juga apabila panel dan supervisor tidak sependapat ini. Siapa yang menjadi mangsa nya? Aku lah, siapa lagi. Wargh!!! stress betul aku di buat nya. Mr.idris almost rejected my proposal. Apa dia ingat proposal aku ini seperti "lamaran" ke sampai mahu di reject sebegitu sekali. Cuak beb!!

Hairan? seorang lagi panel Mr.Abd Aziz yang sibuk di canang-canang oleh pelajar sebagai antara panel yang paling menggerun kan tidak pula berkata apa-apa kepada aku. Dia masih boleh terima proposal aku malah sempat memuji cara body language aku semasa membuat perbentangan. Malah Mr.Aziz antara orang yang aku doa-doa supaya tidak menyoal siasat aku seperti polis, rupa nya langsung tidak menyoal aku seperti orang-orang lain. Mungkin doa aku termakbul barangkali. Tetapi tidak lah pula aku menyangka aku akan di belasah teruk oleh Mr.Idris. Tapi apa-apa pun aku syukur kerana proposal aku masih di anggap "pass" oleh kedua-dua panel. Cuma banyak pembetulan yang harus dibetulkan. Walau apa-apa pun aku tetap stress.


p/s:- supervisor kata begini, accessor kata begitu!!aku yang di tengah-tengah menjadi mangsa. Mahu ikut kata siapa? Ah, TENSION SIOT!!

0 Comments:

Post a Comment