CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, June 13, 2009

Jumaat (12062009)

Pada hari dan tarikh ini hati dan perasaan aku teramat lah terganggu dan diganggu. Seharian aku tidak berganjak dari kerusi dan laptop (except, makan, solat, mandi) haha!!, hanya kerana mahu menyiap kan kerja yang sepatut nya aku hantar pada hari itu. Dengan bertungkus lumus membuat kerja sambil berfikir dan memikir kan idea-idea serta cadangan dan pendapat aku bagaimana mahu menyedapkan kerja aku ini. Tiba-tiba hasil nya hilang begitu sahaja. Laptop hang untuk seketika. Tak dapat di gambar kan dengan kata-kata perasaan kecewa aku ketika itu. 2 kali ia terjadi. Sampai akhir nya aku give up. Terpaksa menunda hari untuk dihantar kerja aku.

Hari ini sudah hantar, tapi terpaksa menunggu giliran untuk menceritakan hasil kerja aku kepada para panel-panel hakim yang definitely akan condemn hasil kerja aku. Aduh, tiap kali aku bercakap pasal hal ini, hati aku akan sentiasa berdebar-debar. Nervous orang kata. Huh!! 1 perasaan yang aku paling tidak suka apabila ia berlaku kepada aku.

p/s:- Kalau kerja siap awal, senang hati. Sekarang, masih susah hati

0 Comments:

Post a Comment